Saturday, June 16, 2012

latest events :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sekarang sudah tiba semester kedua bagi tahun 2012 ini. Setakat ini, AJK BADAR SMKAKK telah mengadakan 2 program untuk para pelajar. Program yang pertama merupakan kempen bagi mengurangkan masalah bising dalam surau yang dikenali sebagai kempen Uskut. Banyak aktiviti yang telah dianjurkan seperti pertandingan melukis poster, menyediakan kata-kata hikmah/hadith/ayat Quran serta pertandingan Form paling senyap dalam surau. Tahniah diucapkan kepada Form 1 putera dan Puteri kerana telah memenangi anugerah tersebut. Mudah-mudahan selepas ini para pelajar akan sentiasa menjadikan surau sebagai tempat beribadah, tempat mencari ilmu serta tempat bagi berbincang masalah agama untuk mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Program yang kedua dianjurkan selepas kempen tersebut ialah program Full-Time Muslim. Program ini merangkumi beberapa kempen yang akan dianjurkan setiap bulan berkaitan dengan solat, jaga diri, cinta dan aurat. Insya-Allah, program ini akan berlanjutan sehingga hujung tahun 2012 ini. Mudah-mudahan usaha kami yang kecil ini akan dinilai oleh Allah s.w.t selain mampu memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar SMKAKK. Wallahualam..^^

No comments:

Post a Comment