Saturday, November 26, 2011

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan ilham-Nya, blog ini hampir keseluruhannya berjaya disiapkan. Untuk makluman, blog ini telah berpindah daripada laman sebelumnya iaitu,
http://badarsmkakk.wordpress.com/ dan telah menjadi blog bagi ahli Badar SMKA Kota Kinabalu menzahirkan fikrah dan matlamat badan tersebut.

Alhamdulillah, sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang pada hari ini, maka berakhirlah bulan Zulhijjah yang juga menandakan permulaan tirai tahun baru bagi umat Islam iaitu 1 Muharram 1433 H. Oleh itu, marilah kita cuba renungi kembali peristiwa yang mendorong kepada hari kebesaran ini iaitu penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke Madinah yang memberi kesan positif kepada sejarah umat Islam ketika itu. 
Berikut merupakan kronologi peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah dan umat Islam ketika itu:

MASA / TARIKH
PERISTIWA
Sehari sebelum Hijrah
-Musyrikin Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke  Madinah

-Mengambil keputusan membunuh  Rasulullah ketika sedang tidur

Malam Hijrah
-Pemuda Musyrikin Quraisy mengepung  rumah Rasulullah, ,bersedia   
 menyerbu  dan membunuh baginda
 
-Allah memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan memerintahkan baginda  
 berhijrah ke Madinah

-Rasulullah meminta  Saiyidina Ali tidur di tempat baginda

-Rasulullah ditemani saiyidina Abu Bakar keluar dari  Mekah ke gua Thur

Setelah 3 hari 2 malam
di gua Thur
-Rasulullah dan saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah

- Berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina masjid Quba'(masjid pertama   
  dalam Islam)

12 Rabiul Awal ,tahun 13 kerasulan /
2 JULAI 622 MASIHI
Rasulullah, Abu Bakar  dan rombongan sampai ke Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran


Pada zaman yang serba moden ini pula, hijrah memberi maksud yang berbeza daripada hijrah (yang disebutkan di atas). Ia lebih umum kepada perubahan individu ke arah yang lebih baik, cemerlang dan bertakwa. Sebagaimana hadith yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w:

" Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT."
( Riwayat Al-Bukhari)
Allah s.w.t. sangat memberi kelebihan kepada orang yang berhijrah atau boleh diumpamakan kepada orang yang berusaha meninggalkan segala suruhan-Nya demi mencapai kehidupan yang diredaiNya. Malahan, pengaplikasian konsep hijrah ini juga mampu memberi impak positif kepada masyarakat mahupun negara dalam mencapai kemajuan pembangunan tamadun dan modal insan. Sememangnya umat Islam kini perlu keluar daripada kepompong kemunduran dan bangun daripada tidur yang lena demi membina tamadun yang berjaya seperti pada zaman Kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah serta menebarkan dakwah Islamiyyah ke seluruh pelosok dunia. 

 (وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُورًا رَّحِيمًاSurah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang

luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada 

Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka 

sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Bisikan hati: Golongan belia Islam pada masa ini terutamanya perlu menanam semangat cintakan Islam dan berusaha membenteng diri daripada segala anasir2 buruk yang diserapkan oleh musuh-musuh Islam. Ironinya zaman ini, hanya Tahun Baru Masihi yang diraikan dan diingati secara besar-besaran berbanding Tahun Baru Hijrah. Let's SHIFT OUR PARADIGM!!! :)


SUMBER:ILUVISLAM




ANTARA SUMBER:
-WIKIPEDIA
-BLOG BADAR KISAS
-ILUVISLAM

No comments:

Post a Comment